Friday 4 November 2011

Apakah Khasiat yang Terdapat Dalam Betik?



1) Daun
  • air perahan daun betik muda dapat dijadikan sebagai ubat malaria, kembung perut dan perangsang nafsu makan terhadap kanak-kanak.
  • daun yang muda dicampur dengan temu hitam, garam dan air dan diminum untuk mengubati demam panas.

2) Bunga 
  • dijadikan ulam dan juga jamu penambah nafsu makan.

3) Getah betik (papain) 
  • dijadikan bahan kosmetik dan turut digunakan dalam industri makanan sebagai penyedap daging.
  • getah betik disapu pada kutil atau ketuat untuk menghilangkannya.

4) Batang, daun dan biji 
  • digunakan dalam bidang farmasi sebagai bahan-bahan ubatan. 

Thursday 3 November 2011

Apakah Hasil Pengeluaran dari Betik


  • Halwa atau Manisan

  • Jus Betik

  •  Gubahan hantaran perkahwinan

  • Jeruk Betik

  • Soft Candy


Bagaimanakah Kaedah Penanaman Betik?



Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penanaman betik

 Tanah gembur, subur dan banyak humus (bahan organik)
• Dataran rendah. Tidak bersesuaian untuk kawasan yang dataran tinggi kerana betik lambat tumbuh dan rasa buah menjadi kurang manis. 
•  Betik juga akan mudah diserang penyakit di kawasan yang tinggi kerana kelembapan udara yang tinggi.

Cara Penanaman Betik
Semai biji betik terlebih dahulu
Selepas 2 minggu, anak pokok betik mula tumbuh.
Anak pokok mula dipindah ke kebun apabila berusia 30 hingga 40 hari
Sehari sebelum penanaman betik, batas yang hendak digunakan bagi menanam betik perlulah disiram terlebih dahulu sehingga basah

Buah Betik (Carica Papaya L.)

Buah Betik (Carica Papaya L.)


Negara Asal Betik 
Mexico Selatan.

Ciri-ciri Buah Betik
1) Bentuk - lonjong, bulat, silinder
2) Saiz - mini, kecil, besar sederhana (pelbagai saiz)


3) Warna kulit - hijau muda, hijau tua, kuning. (kulit nipis)
4) Daun yang bercorak dan lebar


5) Mempunyai bunga


6) Isinya mempunyai rasa yang manis, tidak pahit atau bergetah dan berbau harum. 
7) Jangka Hidup - 2 Tahun
  



Tuesday 1 November 2011

Apakah Itu Raja Buah?





Negara Asal
Kepulauan Borneo

Ciri-ciri Durian

Tinggi pokoknya mencapai 35 hingga 45 meter

  • Daun durian jenis mudah dan berbentuk bujur

  • Permukaan atas daun berwarna hijau dan di bawah daun berwarna keemasan


  • Bunga dikeluarkan dalam jambak dan setiap jambak mengandungi 40 hingga 50 kuntum bunga.


  • Buah durian berbentuk bulat atau bujur

  • Mempunyai kulit yang tebal dan berduri

  • Mempunyai bau yang kuat

  • Isinya berada di dalam pangsa




Powered by Blogger.

Comments

Pages

Featured Video

Blogroll

Download

BThemes